Pandang Langit.
Pandang Bumi.
Lihat Depan.
Pusing Ke Belakang.
Toleh Ke Kanan.
Toleh Ke Kiri.
Helo!Helo!Helo!Helo!Helo!
Sumpah, diri ini kecil sekali.
Sumpah, diri ini lemah sekali.
Jahil. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan diriku.
Kerana apa?
Kerana...
Telah merata Kaki ku ini melangkah,
Membawa diri ke lembah yang hina.
Salah diri? Atau Kaki?
Pelbagai telah dilakukan Tangan ini,
Merosakkan hasil Seni Sang Maha Pencipta.
Salah diri? Atau Tangan?
Oh Lidah tidak bertulang,
Menyakitkan hamba-hamba-Nya.
Salah diri? Atau Lidah?
Mata ku celik tapi buta,
mencari Syurga yang batil.
Salah diri? Atau Mata?
Akhirnya, jatuh ke dalam gaung yang tidak ada penghujung,
Yang aku gali sendiri,
Dengan Kaki yang diarahkan,
Dengan Tangan yang difungsikan,
Dengan Lidah yang digerakkan,
Dengan Mata yang dibutakan.
"Mak aih, Gelapnya! Kuro! Mane plak budak ni?"
"Aku kat sblah ko la."
"Hisshh! Buat terkejut je. Apasal aku x nmpk ko?"
"Aku kan Hitam. Ko tu Putih. Dalam ni gelap, memang la ko tak nampak aku."
=='
Gelap.
Kosong.
Sepi.
Sunyi
Kecewa.
Putus Asa.
Mula terkenang akan dosa lalu.
Muhasabah Diri menjadi layar yang menayang kisah hidupku.
Apa yang telah aku lakukan ?
Ini...
Adakah ini...
Coretan hidupku..?
Lukisanku di atas kertas putih ?
Tanpa sedar,
Titisan air mata mula menitis,
Menangis.
Dalam Hati, Meraung.
Namun,
Tiada yang hadir.
Untuk menenteramkan hati