Sahih International
The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.
Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
Ayat di atas merupakan ayat ke-10 dalam surah Al-Hujurat. Menerangkan pasal "Ukhuwwah".
Ramai yang dah mengetahui akan perkara ini. Tetapi, adakah kita benar-benar menghayati maksud perkataan ini? Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah IMAN kita.
"Xde pape pown... aq x dgr pape pown.. ko gebang ape nie...?"
"Maksudnya MUHASABAH DIRILAH!!!"
"Errrkk! Ok ok..."
Berbalik semula pasal "Ukhuwwah" tadi. Bila sebut pasal Persaudaraan, kita mesti akan terfikir pasal abang, kakak, adik lelaki, adik perempuan, sepupu laki, sepupu perempuan, pak cik, mak cik, mak, bapak, datuk, nenek dll. *Ada lagi ke?*
Tapi, Persaudaraan sebenarnya t'bahagi kepada 2 :
Tapi, Persaudaraan sebenarnya t'bahagi kepada 2 :
- Persaudaraan Darah Daging/Keturunan/Keluarga
- PERSAUDARAAN ATAS DASAR IMAN, AKIDAH DAN ISLAM!
"Ukhuwwatul Islamiyyah" adalah Ukhuwwah yg paling HEBAT, DAEBAK, OSEM, dan SUBARASHI!!!!!
TIADA BATASAN NEGERI, NEGARA, KETURUNAN dan yg paling penting.... TIADA BATASAN!!!!!!!!!
Nikmat Ukhuwwah, Nikmat antara nikmat yang paling besar! Allah... Hebatnya!!
Bayangkan... Dulu bergaduh tak tentu fasal, sekarang berkawan rapat tetiba sampai berbunga-bunga, sampai nak ke mana sahaja bersama dan lakukan apa sahaja pun bersama^^ Oh, Indahnya...
Ada Ulama` pernah berkata : "Sumber kekuatan Islam ada 2 iaitu Kekuatan Aqidah dan Kekuatan Ukhuwwah"
Aqidah yang kuat....
Ukhuwwah yang kuat....
Kuatkah kita...?
Garu kepala.
Aqidah yang kuat boleh didapati dengan menuntut ilmu yang benar serta mengamalkannya dan muhasabah diri untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T.
Ukhuwwah yang kuat adalah kerana IMAN, bukan DUNIAWI.

"Ukhuwwah tanpa Iman adalah ikatan atas dasar Duniawi"
"Iman tanpa Ukhuwwah adalah Iman yang tidak lengkap"
Nabi Muhammad S.A.W. membuat satu perumpamaan untuk Ukhuwwah... Perumpamaan yang paling hebat! Ukhuwwah yang paling hebat adalah ibarat satu badan. Satu bahagian sakit, bahagian lain terasa. Gigi sakit, kepala sakit, badan pun lemah. Hidung selsema, deria lain kurang berfungsi. Mesir dan Syria diserang, kita sedih, marah dan sakit...TT_TT Kita cuba untuk bantu sedaya upaya kita ibarat antibody dalam badan melawan bakteria jahat yang membawa penyakit sekuat semampunya... Ukhuwwah Terhebat!!
YEEEEAAAAARRRRRRGGGGGGGHHHHHHHH!!!!!!!!!
Ambil iktibar dari kisah persaudaraan Abdurrahman bin Auf (Muhaijirin) dengan Saad bin Rabi' (Ansar)... Rasulullah S.A.W. mempersaudarakan mereka berdua walaupun mereka tiada pertalian darah. Kerana Ukhuwwah, Saad bin Rabi' yang merupakan antara orang yang terkaya di Madinah sanggup untuk memberi 1/2 daripada hartanya kepada Abdurrahman bin Auf. Kerana Ukhuwwah, beliau juga menyuruh Abdurrahman bin Auf untuk memilih salah seorang daripada 2 orang isterinya untuk dinikahkan dengan Abdurrahman bin Auf selepas tamat tempoh 'iddah perempuan tersebut. Kerana Ukhuwwah jugalah, Abdurrahman bin Auf menolak dan hanya meminta Saad bin Rabi' untuk menunjukkannya di mana terletaknya pasar di dalam kota Madinah itu. Hal ini kerana, Abdurrahman bin Auf sudah membiasakan diri untuk berusaha dengan daya dan upayanya sendiri. Akhirnya, Abdurrahman bin Auf menjadi ahli usahawan yang berjaya.

Ada Ulama' ditanya oleh seorang pendengar yang ingin tahu :
"Mana pergi orang seperti Saad bin Rabi'..?"
Apakah jawapan Ulama' itu....?
Jeng jeng jeng....
Jawapan:
"Orang seperti Saad Bin Rabi' hilang sepertimana hilangnya orang seperti Abdurrahman bin Auf..."
Tersedak. Tercekik Mee Megi.
Muhasabah wahai jiwaku ini dan jiwa-jiwa di luar sana. Tunaikanlah hak-hak kita dalam persaudaraan.
1. Binalah atas dasar sayang kerana Allah dan benci kerana Allah.
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
1. Binalah atas dasar sayang kerana Allah dan benci kerana Allah.
- Kita bersaudara dengan seseorang sebab kita sayang dia kerana Allah.
- Kita benci keburukan dia kerana Allah dan membantunya untuk berubah.
- Kita sayang benda baik yang dia buat kerana Allah dan ikut perkara baik tersebut.
- Berdoa agar dapat saudara yang boleh menasihati kita.
- Berdoa agar dapat pasangan hidup yang boleh menasihati kita.
- Member buat salah, tegurlah...
- Member tegur kita, terimalah...
- Member minta maaf pada kita, maafkan dia.
- Jangan kutuk belakang dia... Perkara ni kira macam mengkhianati dia.
- Mengumpat (kutuk belakang) ibarat makan daging saudara sendiri kata Rasulullah S.A.W..
- Kalau kita doakan orang lain dalam keadaan orang tersebut tidak mengetahuinya, akan ada Malaikat yang meng"Ameen"kan doa kita dan mendoakan kita perkara yang sama.
- Senyuman paling hebat adalah senyuman bayi kerana senyuman ikhlas tahap Tera!
- Senyum itu sedekah.
- Senyum dapat merapatkan silaturrahim.
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)
Tidakkah anda teringin untuk merasai kemanisan Iman..?
Mata terbeliak.
Satu perkara lagi. Memberitahu seseorang bahawa kita sayang dia kerana Allah hukumnya sunat. Pastikan niat kita betul. Bukan sebab kita nak seseorang itu jadi kekasih kita, abang angkat kita, kakak angkat kita dan yang sama waktu dengannya.
Kalaulah boleh, nak sangat cakap pada Mujahidin dan Mujahidah di luar sana...
Andai masih sempat, teringin nak cakap pada Ahmad Ammar...
Kalau mereka masih ada, hati bagaikan nak meletup nak cakap kat pejuang-pejuang Islam terdahulu...
Lau Kana Bainanal Habib, akan aku cuba sedaya upayaku untuk mengatakan....
Ana Uhibbukum Fillah Abadan Abada!!!!!!>.<
Ehek! Ehek! Eheeeek! Sakit pulak tekak ni... Mana pulak Strepsils aku ni..?
Saya sertakan sekali doa Nabi Daud A.S. iaitu doa memohon cinta Allah.
Doa ini daripada satu hadis Rasulullah S.A.W. :
Ingat!! Kita tidak akan masuk ke Syurga melainkan kita benar-benar beriman. Kita tidak akan benar-benar beriman sehingga kita berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Harap bermanfaat untuk diri ini dan orang lain...
InsyaAllah...

No comments:
Post a Comment