Wednesday, April 9, 2014

Setelah Lama Menyepi...

Fuhh !

Koff Koff!

Aaahhhchoooommm!

Da berhabuk da blog ni..

I should update this blog more often.

Susah jugak jadi orang yang kurang idea ni.

Papepun, Assalamu`alaykum!!!

*Bergema* Nmpk sgt kosong.

"Ni Bukan pentas pementasan drama la, Kuro"

"Hiperbola je la, Shiro"

=.='

Papepun, pernah korang rase untuk melakukan sesuatu yang tak sepatutnya???

Kalo ye, ANDA TAK KESEORANGAN!

"Normal la manusia. Semua ada nafsu la."

Memang semua ada nafsu, tapi perlu ke biarkan ianya menguasai diri?

"Cakap senang la. Ko tu macam baik sangat. Nafsu sendiri pun belum tentu boleh jaga, ada hati nak tegur org lain."

Kalo x mula skrg, bila lagi nak buat? Aku buat semua ni sebab nak jadi baik la. Kurang2, aq dapat pahala menegur dengan pahala mencuba. Allah lebih pandang Usaha dari Hasil.

"Masalahnya, benda dah jadi tabiat. Bukan senang nak buang. Kau cakap macam kau tahu je."

Sebab aku memang tahu. Aku pun manusia. Mana mungkin boleh lari dari dosa. Aku pernah bergelumang dengan dosa. Hingga aku sedar, Hidayah yang perlu dicari. Kalau x mula sekarang, bila lagi? Don't be a procrastinator. Serius! Aku rase semua kena tgok video Anwar Hadi tentang bertangguh. Ni ha videonya.


Papepun, kalau betul korang nak berubah, now is the time!

Di kalangan para manusia sekarang ni, wujud  Puak:

1. Puak yang bertuhankan Dunia.
2. Puak yang yang bertopengkan Malaikat.
3. Puak yang masih ragu-ragu.
4. Puak yang mula membina Tiang-tiang Islam.
5. Puak yang mula bergerak meyebarkan Islam dan memulihkan masyarakat yang cedera ini.
*Ada sesiapa nak tambah? Sila Komen di bawah atau pada shoutbox kat sebelah.*

Yang teruk, makin teruk.
Yang teruk, makin baik.
Yang baik, makin teruk.
Yang baik, tetap baik.

Banyak gerakan dakwah mula rancak membina Empayar Islamiyyah semula.
Banyak gerakan dakyah mula rancak membina Empayar Dajjal yang bakal menjelma.

Marilah membina Bahtera sebelum Banjir Dajjal melanda.
Marilah perbetulkan fitrah Manusia sebelum Bumi diterbalikkan semula.
Marilah mengelakkan diri dari fitnah yang makin rancak.
Kembalilah kepada fitrah asal kita.

Pada masa akan datang,
Biarlah Allah sebagai tujuan kita.
Biarlah para Rasul dan Nabi sebagai tauladan.
Biarlah Al-Quran dan Hadis sebagai panduan.
Biarlah Syahid sebagai matlamat.

Persiapan perlu dilakukan sekarang.