Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
(Bila Rindu by Ruffedge)
"Alamak! kenapa pulak lagu ni yg keluar time2 macam ni..?! Makin kuat pulak perasaan ni..."
Menongkat dagu sambil melayan lagu...
Satu lagu yg sudah jarang kedengaran di corong2 radio... Lagu yg ditulis berkenaan rindu pada seseorg... Tak tahu kenapa, tiba2 TERRRbuka buku "Bolehkah Ber'Couple'?" nukilan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan TERRjumpa satu tajuk yang sangat menarik bagi ana... BAB 1 : Fiqah Cinta, Subtopik : Teringat Si Dia, m/s 13....
Macam mane boleh tertarik dengan tajuk ni..? Hmmm.. Mesti pelik kan...? Kawan2, ana ni MANUSIA... salah satu fitrah ana adalah mempunyai perasaan sayang, cinta, kasih dan yg same waktu dengannya... Kita semua sama... Tak percaya, ini buktinya : Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 14 :
Sahih International
Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return.Dihiaskan (dijadikan indah) bagi (pandangan) manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan, anak-pinak, timbunan harta daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat yang sebaik-baiknya (Syurga).
Soalan yg selalu bermain dalam fikiran ana adalah "Salahkah merindui seseorang..?" Kekadang, ada jugak sahabat dan junior ana tanya soalan yang sama... Pada awalnya, tak tahu nak jawab ape... Sampailah suatu hari, cikgu matematik sekolah ana yang x mengajar kelas ana yang dipanggil Miss KK (bukan nama sebenar) mengesyorkan buku ni... Barulah dpt jawapan...
Maka, terungkailah satu misteri di kalangan remaja!! HAHAHAHA!!!
*Guruh berdentum, kilat menyambar-nyambar!*
Sebenarnya, perasaan rindu ni common dalam kehidupan kita.. Dalam perspektif agama, tidak salah kalau rindu kt org lain.. Kalau la perasaan ini x wujud, bagaimana insan akan menjalinkan hubungan yang bahagia... Nabi sendiri menyatakan bahawa antara benda yang dikasihkan kepadanya ialah minyak wangi dan wanita..
Tapi!! harus diingat...
Walaupun syahwat dijadikan untuk manusia namun jika syahwat itu tidak dijaga maka akan menjadi landasan ke Neraka.
Jadi, Nafsu Syahwat yang cenderung kepada pengharamannya seperti arak, zina, memandang aurat yang terdedah dan sebagainya....
Maknanya, nak rindu kat orang lain pun ada hadnya.. Sekadar teringat kat orang tu, cukuplah... Kalau melebih-lebih, memang nak dpt dosa namanya... Kalau dah sampai tahap nak bersembang non-stop, texting pun non-stop, dan sebagai dengan waktu panjang, memang salah sbb membazirkan masa dan wang sampaikan tugas-tugas hakiki sebagai insan terabai...
Satu lagi kesalahan adalah apabila teringat seseorang itu sampai terbayang bentuk tubuh badan orang tu, berkhayal melakukan s**s dan sebagainya... Inilah yang dimaksudkan zina hati.. Zina hati adalah salah satu kiasan kepada jalan yang menjurus kepada zina dengan kita bercita-cita dan berangan-angan melakukannya. Yang perempuan, kalau hangpo dok baco ni, jangan nak rasa tidak ada perempuan b'perangai macam ni... Kalo takde, masakan berlakunya kes rogol ke atas lelaki yang dilakukan wanita..? Masakan berlakunya kes zina..? Kes parti liar...? Yang sama waktu dengannya..? Setiap insan ada kelemahan masing-masing...
Rindu atau ingatan terhadap seseorang adalah tanda bahawa wujud perasaan kasih sayang. Rindu kepada Rasulullah SAW, tandanya kita sayang akan Baginda SAW... Jadi, nak kena la nyanyi lagu ni pulak...^^
Rindu terlalu padamu
Tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu
Tiada penghujung
Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung
Tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu
Tiada penghujung
Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung
(Rindu by Nur One feat. Hafiz Hamidun)
Jadi, kepada pasangan yang tak sah lagi... Kembali kepada pangkal jalan, mulakan semula... Kalau betul2 sayang, pergilah jumpa mak bapak si dia... Yang masih bersekolah, belajarlah dulu kerana perjalanan ini masih panjang... Cita-cita perlu dikejar dan InsyaAllah, kalau dah jodoh, tak ke mana punya... Kalau bukan jodoh, lepaskan je la demi kebahagiaan si dia... Yang tengah kecewa, Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor... Percayalah, pasti akan ada yang terbaik dari Dia Yang Maha Mengasihi..^^
Nanti dah bina Masjid Baitul Muslim, jemput2lah ana datang walimah korang... Hahaha...*xde keje* =='
****
Tidak sangka lagi tersangka-sangka yang ana akan buat post yang kedua ni.. Idea tak berapa nak ada.. Tengah2 nak subuh ni baru ade idea.. Da baca jangan lupa komen... Harap sangat ade orang akan bantu membaiki kelemahan dari segi penulisan... Papepun, Moga Bermanfaat...!^^
Di samping itu, ana nak selitkan satu gambar seseorang yang ana rindu dan takkan berjumpa lagi...
"Siapakah dia..?" Arwah bukanlah orang yang popular di mata dunia... Tapi ana percaya arwah amat-amat popular di kalangan penghuni langit... Arwah ialah Ustaz Muhammad Naim bin Hj Muhammad Asri... Arwah penerima anugerah syahadah iaitu satu anugerah yang diberikan kepada para hafiz tahap tinggi.. Arwah pernah b'kongsi cerita di mana sesape mahu terima anugerah tersebut, mereka perlu ditasmik seluruh Al-Quran dalam tempoh yang diberikan sama ada 3 hari, 8 hari atau tempoh2 tertentu yang diberikan.. Bekerja sebagai salah seorang penyumbang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Dar An-Najah, arwah amat aktif dan memberi komitmen penuh dalam Dakwah dan Tarbiyyah... Malah, arwah seorang yang sangat rajin dalam menuntut ilmu... Arwah sangat cekap dalam menyelesaikan masalah dan banyak memberi nasihat kepada orang lain.. Arwah sangat tegas dan garang, tapi itu semua untuk mendidik anak-anak muridnya agar lebih berdisiplin dan rajin... Arwah mudah menerima ilmu2 selain daripada agama, malah menggalakkan pelajarnya untuk membaca tentang isu semasa dan buku2 ttg dunia luar... Beliau menghidap penyakit demam denggi dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jun 2013 yang lalu...
Sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah...
Untuk Ibu Bapa kita...
Untuk mereka yang masih hidup mahupun meninggal dunia...
Untuk mereka yang kita sayangi dan rindui...
Untuk seluruh warga bumi ini...
-Al-Fatihah-

No comments:
Post a Comment