Sunday, December 29, 2013

Bila Rindu...

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

(Bila Rindu by Ruffedge)

"Alamak! kenapa pulak lagu ni yg keluar time2 macam ni..?! Makin kuat pulak perasaan ni..."
Menongkat dagu sambil melayan lagu...

Satu lagu yg sudah jarang kedengaran di corong2 radio... Lagu yg ditulis berkenaan rindu pada seseorg... Tak tahu kenapa, tiba2 TERRRbuka buku "Bolehkah Ber'Couple'?" nukilan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan TERRjumpa satu tajuk yang sangat menarik bagi ana... BAB 1 : Fiqah Cinta, Subtopik : Teringat Si Dia, m/s 13.... 

Macam mane boleh tertarik dengan tajuk ni..? Hmmm.. Mesti pelik kan...? Kawan2, ana ni MANUSIA... salah satu fitrah ana adalah mempunyai perasaan sayang, cinta, kasih dan yg same waktu dengannya... Kita semua sama... Tak percaya, ini buktinya : Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 14 :




Sahih International
Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return.

Dihiaskan (dijadikan indah) bagi (pandangan) manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan, anak-pinak, timbunan harta daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat yang sebaik-baiknya (Syurga).

Soalan yg selalu bermain dalam fikiran ana adalah "Salahkah merindui seseorang..?" Kekadang, ada jugak sahabat dan junior ana tanya soalan yang sama... Pada awalnya, tak tahu nak jawab ape... Sampailah suatu hari, cikgu matematik sekolah ana yang x mengajar kelas ana yang dipanggil Miss KK (bukan nama sebenar) mengesyorkan buku ni... Barulah dpt jawapan...

Maka, terungkailah satu misteri di kalangan remaja!! HAHAHAHA!!! 

*Guruh berdentum, kilat menyambar-nyambar!*

Sebenarnya, perasaan rindu ni common dalam kehidupan kita.. Dalam perspektif agama, tidak salah kalau rindu kt org lain.. Kalau la perasaan ini x wujud, bagaimana insan akan menjalinkan hubungan yang bahagia... Nabi sendiri menyatakan bahawa antara benda yang dikasihkan kepadanya ialah minyak wangi dan wanita..

Tapi!! harus diingat...

Walaupun syahwat dijadikan untuk manusia namun jika syahwat itu tidak dijaga maka akan menjadi landasan ke Neraka.

Jadi, Nafsu Syahwat yang cenderung kepada pengharamannya seperti arak, zina, memandang aurat yang terdedah dan sebagainya....

Maknanya, nak rindu kat orang lain pun ada hadnya.. Sekadar teringat kat orang tu, cukuplah... Kalau melebih-lebih, memang nak dpt dosa namanya... Kalau dah sampai tahap nak bersembang non-stop, texting pun non-stop, dan sebagai dengan waktu panjang, memang salah sbb membazirkan masa dan wang sampaikan tugas-tugas hakiki sebagai insan terabai...

Satu lagi kesalahan adalah apabila teringat seseorang itu sampai terbayang bentuk tubuh badan orang tu, berkhayal melakukan s**s dan sebagainya... Inilah yang dimaksudkan zina hati.. Zina hati adalah salah satu kiasan kepada jalan yang menjurus kepada zina dengan kita bercita-cita dan berangan-angan melakukannya. Yang perempuan, kalau hangpo dok baco ni, jangan nak rasa tidak ada perempuan b'perangai macam ni... Kalo takde, masakan berlakunya kes rogol ke atas lelaki yang dilakukan wanita..? Masakan berlakunya kes zina..? Kes parti liar...? Yang sama waktu dengannya..? Setiap insan ada kelemahan masing-masing...

Rindu atau ingatan terhadap seseorang adalah tanda bahawa wujud perasaan kasih sayang. Rindu kepada Rasulullah SAW, tandanya kita sayang akan Baginda SAW... Jadi, nak kena la nyanyi lagu ni pulak...^^

Rindu terlalu padamu
Tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu
Tiada penghujung

Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung
(Rindu by Nur One featHafiz Hamidun)

Jadi, kepada pasangan yang tak sah lagi... Kembali kepada pangkal jalan, mulakan semula... Kalau betul2 sayang, pergilah jumpa mak bapak si dia... Yang masih bersekolah, belajarlah dulu kerana perjalanan ini masih panjang... Cita-cita perlu dikejar dan InsyaAllah, kalau dah jodoh, tak ke mana punya... Kalau bukan jodoh, lepaskan je la demi kebahagiaan si dia... Yang tengah kecewa, Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor... Percayalah, pasti akan ada yang terbaik dari Dia Yang Maha Mengasihi..^^

Nanti dah bina Masjid Baitul Muslim, jemput2lah ana datang walimah korang... Hahaha...*xde keje* =='

****

Tidak sangka lagi tersangka-sangka yang ana akan buat post yang kedua ni.. Idea tak berapa nak ada.. Tengah2 nak subuh ni baru ade idea.. Da baca jangan lupa komen... Harap sangat ade orang akan bantu membaiki kelemahan dari segi penulisan... Papepun, Moga Bermanfaat...!^^

Di samping itu, ana nak selitkan satu gambar seseorang yang ana rindu dan takkan berjumpa lagi...


"Siapakah dia..?" Arwah bukanlah orang yang popular di mata dunia... Tapi ana percaya arwah amat-amat popular di kalangan penghuni langit... Arwah ialah Ustaz Muhammad Naim bin Hj Muhammad Asri... Arwah penerima anugerah syahadah iaitu satu anugerah yang diberikan kepada para hafiz tahap tinggi.. Arwah pernah b'kongsi cerita di mana sesape mahu terima anugerah tersebut, mereka perlu ditasmik seluruh Al-Quran dalam tempoh yang diberikan sama ada 3 hari, 8 hari atau tempoh2 tertentu yang diberikan.. Bekerja sebagai salah seorang penyumbang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Dar An-Najah, arwah amat aktif dan memberi komitmen penuh dalam Dakwah dan Tarbiyyah... Malah, arwah seorang yang sangat rajin dalam menuntut ilmu... Arwah sangat cekap dalam menyelesaikan masalah dan banyak memberi nasihat kepada orang lain.. Arwah sangat tegas dan garang, tapi itu semua untuk mendidik anak-anak muridnya agar lebih berdisiplin dan rajin... Arwah mudah menerima ilmu2 selain daripada agama, malah menggalakkan pelajarnya untuk membaca tentang isu semasa dan buku2 ttg dunia luar... Beliau menghidap penyakit demam denggi dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jun 2013 yang lalu...

Sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah...
Untuk Ibu Bapa kita...
Untuk mereka yang masih hidup mahupun meninggal dunia...
Untuk mereka yang kita sayangi dan rindui...
Untuk seluruh warga bumi ini...

-Al-Fatihah-

Wednesday, December 18, 2013

Aku Sayang Kamu^^

49:10
Sahih International
The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.
Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Ayat di atas merupakan ayat ke-10 dalam surah Al-Hujurat. Menerangkan pasal "Ukhuwwah".

Kalau mengikut Kamus Bahasa Arab - Bahasa Melayu keluaran Mana-mana Syarikat Sdn. Bhd., "Ukhuwwah" bermaksud Persaudaraan.

Ramai yang dah mengetahui akan perkara ini. Tetapi, adakah kita benar-benar menghayati maksud perkataan ini? Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah IMAN kita.

"Xde pape pown... aq x dgr pape pown.. ko gebang ape nie...?"

"Maksudnya MUHASABAH DIRILAH!!!"

"Errrkk! Ok ok..."

Berbalik semula pasal "Ukhuwwah" tadi. Bila sebut pasal Persaudaraan, kita mesti akan terfikir pasal abang, kakak, adik lelaki, adik perempuan, sepupu laki, sepupu perempuan, pak cik, mak cik, mak, bapak, datuk, nenek dll. *Ada lagi ke?*

Tapi, Persaudaraan sebenarnya t'bahagi kepada 2 :

  1. Persaudaraan Darah Daging/Keturunan/Keluarga
  2. PERSAUDARAAN ATAS DASAR IMAN, AKIDAH DAN ISLAM!
"Ukhuwwatul Islamiyyah" adalah Ukhuwwah yg paling HEBAT, DAEBAK, OSEM, dan SUBARASHI!!!!!

TIADA BATASAN NEGERI, NEGARA, KETURUNAN dan yg paling penting.... TIADA BATASAN!!!!!!!!!

Nikmat Ukhuwwah, Nikmat antara nikmat yang paling besar! Allah... Hebatnya!!

Bayangkan... Dulu bergaduh tak tentu fasal, sekarang berkawan rapat tetiba sampai berbunga-bunga, sampai nak ke mana sahaja bersama dan lakukan apa sahaja pun bersama^^ Oh, Indahnya...

Ada Ulama` pernah berkata : "Sumber kekuatan Islam ada 2 iaitu Kekuatan Aqidah dan Kekuatan                                                Ukhuwwah"

Aqidah yang kuat....
Ukhuwwah yang kuat....
Kuatkah kita...?

Garu kepala.

Aqidah yang kuat boleh didapati dengan menuntut ilmu yang benar serta mengamalkannya dan muhasabah diri untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T.

Ukhuwwah yang kuat adalah kerana IMAN, bukan DUNIAWI.

"Ukhuwwah tanpa Iman adalah ikatan atas dasar Duniawi"

"Iman tanpa Ukhuwwah adalah Iman yang tidak lengkap"

Nabi Muhammad S.A.W. membuat satu perumpamaan untuk Ukhuwwah... Perumpamaan yang paling hebat! Ukhuwwah yang paling hebat adalah ibarat satu badan. Satu bahagian sakit, bahagian lain terasa. Gigi sakit, kepala sakit, badan pun lemah. Hidung selsema, deria lain kurang berfungsi. Mesir dan Syria diserang, kita sedih, marah dan sakit...TT_TT Kita cuba untuk bantu sedaya upaya kita ibarat antibody dalam badan melawan bakteria jahat yang membawa penyakit sekuat semampunya... Ukhuwwah Terhebat!!

YEEEEAAAAARRRRRRGGGGGGGHHHHHHHH!!!!!!!!!

Ambil iktibar dari kisah persaudaraan Abdurrahman bin Auf (Muhaijirin) dengan Saad bin Rabi' (Ansar)... Rasulullah S.A.W. mempersaudarakan mereka berdua walaupun mereka tiada pertalian darah. Kerana Ukhuwwah, Saad bin Rabi' yang merupakan antara orang yang terkaya di Madinah sanggup untuk memberi 1/2 daripada hartanya kepada Abdurrahman bin Auf. Kerana Ukhuwwah, beliau juga menyuruh Abdurrahman bin Auf untuk memilih salah seorang daripada 2 orang isterinya untuk dinikahkan dengan Abdurrahman bin Auf selepas tamat tempoh 'iddah perempuan tersebut. Kerana Ukhuwwah jugalah, Abdurrahman bin Auf menolak dan hanya meminta Saad bin Rabi' untuk menunjukkannya di mana terletaknya pasar di dalam kota Madinah itu. Hal ini kerana, Abdurrahman bin Auf sudah membiasakan diri untuk berusaha dengan daya dan upayanya sendiri. Akhirnya, Abdurrahman bin Auf menjadi ahli usahawan yang berjaya.

Ada Ulama' ditanya oleh seorang pendengar yang ingin tahu : 
"Mana pergi orang seperti Saad bin Rabi'..?"

Apakah jawapan Ulama' itu....?
Jeng jeng jeng....
Jawapan:
"Orang seperti Saad Bin Rabi' hilang sepertimana hilangnya orang seperti Abdurrahman bin Auf..."

Tersedak. Tercekik Mee Megi.

Muhasabah wahai jiwaku ini dan jiwa-jiwa di luar sana. Tunaikanlah hak-hak kita dalam persaudaraan.
1. Binalah atas dasar sayang kerana Allah dan benci kerana Allah.

  • Kita bersaudara dengan seseorang sebab kita sayang dia kerana Allah.
  • Kita benci keburukan dia kerana Allah dan membantunya untuk berubah.
  • Kita sayang benda baik yang dia buat kerana Allah dan ikut perkara baik tersebut.
2. Saling nasihat-menasihati.

  • Berdoa agar dapat saudara yang boleh menasihati kita.
  • Berdoa agar dapat pasangan hidup yang boleh menasihati kita.
  • Member buat salah, tegurlah...
  • Member tegur kita, terimalah...
3. Husnuzhon (Bersangka Baik).

  • Member minta maaf pada kita, maafkan dia.
  • Jangan kutuk belakang dia... Perkara ni kira macam mengkhianati dia.
  • Mengumpat (kutuk belakang) ibarat makan daging saudara sendiri kata Rasulullah S.A.W..
4. Berdoa untuk saudara kita.

  • Kalau kita doakan orang lain dalam keadaan orang tersebut tidak mengetahuinya, akan ada Malaikat yang meng"Ameen"kan doa kita dan mendoakan kita perkara yang sama.
5. Senyum

  • Senyuman paling hebat adalah senyuman bayi kerana senyuman ikhlas tahap Tera!
  • Senyum itu sedekah.
  • Senyum dapat merapatkan silaturrahim.
Fahamilah Hadis ini :

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)

Tidakkah anda teringin untuk merasai kemanisan Iman..?

Mata terbeliak.

Satu perkara lagi. Memberitahu seseorang bahawa kita sayang dia kerana Allah hukumnya sunat. Pastikan niat kita betul. Bukan sebab kita nak seseorang itu jadi kekasih kita, abang angkat kita, kakak angkat kita dan yang sama waktu dengannya.

Kalaulah boleh, nak sangat cakap pada Mujahidin dan Mujahidah di luar sana...
Andai masih sempat, teringin nak cakap pada Ahmad Ammar...
Kalau mereka masih ada, hati bagaikan nak meletup nak cakap kat pejuang-pejuang Islam terdahulu...
Lau Kana Bainanal Habib, akan aku cuba sedaya upayaku untuk mengatakan....

Ana Uhibbukum Fillah Abadan Abada!!!!!!>.<

Ehek! Ehek! Eheeeek! Sakit pulak tekak ni... Mana pulak Strepsils aku ni..?

Saya sertakan sekali doa Nabi Daud A.S. iaitu doa memohon cinta Allah.


Doa ini daripada satu hadis Rasulullah S.A.W. :


Ingat!! Kita tidak akan masuk ke Syurga melainkan kita benar-benar beriman. Kita tidak akan benar-benar beriman sehingga kita berkasih sayang kerana Allah S.W.T.

Harap bermanfaat untuk diri ini dan orang lain...
InsyaAllah...